Elon Musk: Starlink sokong akses internet di Gaza

244

Menteri Komunikasi Israel menentang langkah Elon Musk menyokong akses internet menerusi perkhidmatan satelit, Starlink. 

Akses internet itu bagi agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya.

 



“Tiada terminal dari Gaza cuba untuk berkomunikasi dengan buruj kami.

“SpaceX akan menyokong hubungan komunikasi dengan organisasi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” tulisnya di platform media sosial X.

Seluruh komunikasi telefon dan internet terputus sepenuhnya hingga mengasingkan penduduk Semenanjung Gaza dari dunia dan antara satu sama lain pada hari Sabtu.

Ia mengakibatkan perhubungan antara keluarga, ambulans, rakan sekerja di tempat lain adalah mustahil apabila Israel meluaskan serangan udara dan darat.

Pertubuhan kemanusiaan antarabangsa berkata, ‘blackout’ yang bermula lewat Jumaat, memburukkan keadaan yang sudah terdesak dengan menghalang operasi menyelamatkan nyawa dan menghalang hubungan dengan kakitangan mereka di lapangan.

Manakala, Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata pihaknya akan menggunakan segala cara yang ada untuk memerangi perkara tersebut.

“Hamas akan menggunakannya untuk aktiviti pengganas.

“Kemungkinan Musk bersedia membuat syarat dengan pembebasan bayi, anak lelaki, anak perempuan, orang tua yang diculik. Pada masa itu, pejabat saya akan memutuskan sebarang hubungan dengan Starlink,” tulisnya. 

Berikutan pencerobohan Rusia pada Februari 2022 ke atas Ukraine, satelit Starlink dilaporkan sangat penting untuk mengekalkan sambungan internet di beberapa kawasan walaupun terdapat percubaan gangguan Rusia.

Pada September lalu, pemilik Tesla itu memberitahu pernah menghalang rancangan Ukraine untuk menghapuskan Armada Tentera Laut Rusia di Laut Hitam tahun lalu dengan menyekat akses Kiev kepada Starlink.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here