Proton tawar pakej X50 R3, terhad 200 unit pada harga RM12k

217

Mei lalu, Proton memperkenalkan Proton X50 R3 Concept di Malaysia Autoshow (2023), MAEPS, Serdang. 

Model sempena Ulangtahun Edisi Terhad ke-20 Jabatan R3 itu didatangkan dengan aksesori R3 pada model 1.5 TGDI Flagship. 
 
Hari ini, pengedar kenderaan nasional itu rasmi mengumumkan harga model tersebut pada sambutan X50 Karnival di ‘Proton Centre of Excellence’.
 



Hanya terhad 200 pakej dan X50 Flagship berwarna kelabu, pakej itu dijual pada harga RM12,000 termasuk pemasangan.

Tempahan boleh dilakukan di semua cawangan sah Proton dan penghantaran bermula dari pertengahan  November.

Aksesori R3 yang ditawarkan:

  • Didatangkan dengan pembalut vinil hitam satin
  • Aerokit R3 khas (skirt depan, belakang dan sisi)
  • Jalur bonet R3
  • Spoiler bumbung 
  • Rim aloi ringan R3 bersaiz 18-inci
  • Logo gril depan R3
  • Lencana edisi terhad R3 di belakang 

Sementara bahagian kabin didatangkan dengan lencana R3 edisi terhad pada papan pemuka, sulaman R3 pada perehat kepala kerusi depan, karpet R3 dan cermin gelap Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata R3 sebati dengan kejayaan Proton dalam arena sukan permotoran serta pembangunan model lain dengan prestasi luar biasa untuk pelanggan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here