#Spyshot : Menjelang pelancaran November, Proton S70 warna merah dikesan atas treler

456
Sedan segmen-C, Proton S70 bakal dilancarkan November ini dan sebelum kemunculan rasminya sudah banyak imej-imej intip model itu bocor di media sosial.
 
Terkini sebuah S70 berwarna merah dilihat di atas treler yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook Muhammad Nabil menerusi grup Malaysia S50/S70 Community.
 
 
Kali ini, imej bahagian sisi dan belakang sedan itu boleh dilihat dengan jelas. Bagaimanapun, lencana model masih belum diletakkan pada bahagian belakang.
 
Difahamkan, S70 bakal ditawarkan menerusi empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
 
Daripada segi penampilan, S70 hanya memiliki perbezaan pada bahagian gril depan dan lencana berbanding model rebadge Geely Emgrand. 
 

Model itu bakal menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

Bahkan Malaysia mendapat spesifikasi tertinggi berbanding negara Asia Tenggara lain yang terlebih dahulu membawa masuk Geely Emgrand. 

 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here