Menjelang pelancaran bulan depan, imej Proton S70 tanpa kamoflaj bocor

712

Menjelang pelancaran bulan depan, satu imej intip Proton S70 (S11) bocor di media sosial. Kali ini sedan tersebut tidak menggunakan sebarang penyamaran.

Menurut rakan media Funtasticko, imej S70 dengan warna badan Armour Silver itu dikongsi akaun Facebook Na Zehan di grup Malaysia S50/S70 Community (MYS50/S70COM).



Difahamkan, S70 bakal ditawarkan menerusi empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Baru-baru ini, tular di media sosial imej intip sedan Proton itu sedang menjalani sesi penggambaran.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya menunjukkan lencana S70 pada but belakang. 

Proton S70 diposisikan dalam sedan segmen C iaitu lebih besar berbanding Persona (segmen-B). Secara logik, S70 adalah lebih ideal berbanding S50. 

Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

Bahkan Malaysia mendapat spesifikasi tertinggi berbanding negara Asia Tenggara lain yang terlebih dahulu membawa masuk Geely Emgrand. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here