Bakal lancar tidak lama lagi, Proton guna nama S70 bukan S50?

841

Bukan Proton S50, tetapi S70?. Sedan yang bakal lancar tidak lama lagi dan sebelum ini digelar S50 itu dirakam sedang menjalani penggambaran di jalan raya awam.

Rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi pembaca laman web automotif Paultan itu menunjukkan lencana S70 pada but belakang manakala sebuah Porsche Cayenne dengan kamera di atas bumbung mengikuti dari belakang.



Bagaimanapun, digit di antara ‘S’ dan ‘0’ tiada pada bahagian nombor plat depan dan belakang. Kemungkinan ia salah satu teaser yang bakal dikeluarkan bagi iklan komersial sedan tersebut.

Proton S70 diposisikan dalam sedan segmen C iaitu lebih besar berbanding Persona (segmen-B). Secara logika, S70 adalah lebih ideal berbanding S50 yang digunakan bagi segmen-C misalnya SUV Proton X50.

Proton S70 berasaskan Geely Emgrand yang menggunakan platform BMA yang juga digunakan oleh Bin Yue (X50).

Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm (lebar), 1,460 mm (tinggi) manakala jarak antara roda pula 2,650 mm.

Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here