Proton X70 terbakar, siasatan sedang dijalankan

238

Baru-baru ini, sebuah video tular menunjukkan bahagian depan Proton X70 terbakar di Puspakom Alor Gajah.

Susulan insiden itu, Proton menyatakan sedang menjalankan siasatan dan akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa.



“Kami menyedari kejadian itu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin kerana berkongsi maklumat. 

“Kemas kini akan dikeluarkan setelah semua maklumat telah diperolehi,” jelasnya.

Pengeluar kenderaan nasional tempatan itu juga menyatakan SUV berkenaan kini berada dalam simpanan mereka. 

Di samping itu, Proton juga menjelaskan kenderaan mereka dibangunkan untuk memenuhi piawaian tertinggi dengan setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum penghantaran.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here