Bahayakan rider di Jambatan Pulau Pinang, suami isteri didenda RM2.5k

181

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini mendenda pasangan suami siteri RM2,500 seorang kerana menakutkan dua individu dengan melibas seutas tali ke arah mereka di Jambatan Pulau Pinang seperti dalam video yang tular. 

Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50 dan isteri Ong Ser Ting, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan itu di depan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, yang turut memerintahkan mereka dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.



Mereka didakwa bersama-sama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul Mat Zain dan Mohd Syadid Sulaiman, di KM2.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah Pulau ke Perai pada 5 Februari lalu pada jam 5 petang.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syakila Dahari manakala kedua-dua tertuduh yang merupakan peniaga mi tidak diwakili peguam.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here