#Spyshot : Mitsubishi XForce dikesan jalani ujian, bila lancar di Malaysia?

185

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) tahun ini bakal memperkenalkan SUV segmen-B susulan imej intip Xforce dikesan sedang menjalani ujian enduran di Malaysia.

Pesaing kepada Honda HR-V, Proton X50 dan Toyota Corolla Cross itu pertama kali membuat kemunculan global di Indonesia, Ogos tahun lalu. Jualan SUV MMM di Malaysia telah lama vakum sejak penamatan jualan ASX pada 2021. 

 



Menerusi imej intip yang beredar di media sosial, badan SUV itu ditutupi dengan kamouflaj. XForce menampilkan bentuk badan yang muskular menerusi New Generation Dynamic Shield dan lampu belakang bentuk ‘T’ boleh dilihat dengan jelas.

Manakala bahagian kaki menggunakan rim aloi rekaan turbin bersaiz 18-inci. Dimensi SUV berkenaan adalah 4,390mm panjang, 1,810mm (lebar) dan 1,660mm (tinggi) serta 2,650 mm (jarak roda).

Di Indonesia, SUV 5-kerusi itu didatangkan dengan skrin infotainmen 12.3-inci bersama sambungan Android Auto dan Apple Carplay tanpa wayar serta kluster meter 8-inci.

Ciri peralatan lain termasuklah kawalan suhu pendingin hawa automatik dua zon dengan teknologi Panasonic, Nanoe-X TM, dan fungsi memori untuk menghasilkan kualiti udara lebih bersih dan segar. 

Mitsubishi memilih enjin 4A91 1.5 liter aspirasi semula jadi MIVEC 4-silinder yang digunakan pada Xpander.  Ia menghasilkan kuasa 105PS @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm dengan transmisi CVT.

Di negara jiran, Xforce didatangkan dengan dua varian iaitu Ultimate 1.5L 4×2 yang berharga Rp 412.9 juta (RM125,775) dan Exceed 1.5L 4×2 pula Rp379.9 juta (RM115,723). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here