Utama Berita Automotif Rempuh penunggang hingga maut, pemandu Myvi dipenjara 6-tahun

Rempuh penunggang hingga maut, pemandu Myvi dipenjara 6-tahun

30

Tindakan seorang lelaki memandu secara bahaya hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhamad Isa Damiri, 41 minggu lalu membawa kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin.

Hukuman dijatuhkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid selepas tertuduh, T. Yuken, 25 mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Tertuduh juga boleh dipenjara setahun jika gagal membayar denda selain diperintahkan membayar pampasan berjumlah RM4,000 kepada isteri mangsa, Noor Adlin Roslan.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman lesen memandu diendorse oleh mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan mahkamah jika ada.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta didakwa memandu kenderaan itu di atas jalan raya dengan cara yang merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Muhamad Isa Damiri, 41, di Jalan Leong Bee, Gelang Patah di sini, kira-kira jam 4.20 pagi, 6 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 serta lesen memandu diendorse oleh mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh sehingga lima tahun dan jika memiliki lesen percubaan, lesen akan dibatalkan oleh mahkamah, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dia yang tidak diwakili peguam memohon maaf dan merayu hukuman ringan kerana kesal dan mengakui kesilapan dilakukannya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhaizam Rostam Affendi bagaimanapun memohon mahkamah mengambil kira beberapa faktor pemberatan sebelum menjatuhkan hukuman.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember nanti untuk sebutan semula bagi status pembayaran pampasan dan jika ia gagal dibayar, mahkamah akan menentukan perintah sewajarnya.

Mengikut fakta kes, tertuduh memandu Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal Honda C100B yang ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus.

Akibat pelanggaran itu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan punca kematian adalah pelbagai kecederaan yang konsisten dengan kemalangan jalan raya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here