Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10kmj

132

Had laju di jalan persekutuan seluruh negara dikurangkan 10kmj bermula semalam hingga 13 Februari sempena Tahun Baru Cina, hujung minggu ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persekutuan diturunkan kepada 80kmj berbanding 90kmj.



Kementerian itu memaklumkan pengurangan had laju sementara itu merupakan antara langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan.

Kenyataan itu menyebut kementerian pada tempoh sama menjalankan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2024.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan seupaya tidak mengganggu aliran trafik sepanjang tarikh operasi kecuali kerja-kerja kecemasan. 

“Ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan yang dilancarkan KKR untuk semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan diutamakan khususnya di jalan persekutuan,” jelas KKR.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here