Proton bakal lancar EV tahun depan

317

Proton akan membawa masuk kenderaan elektrik (EV) bermula tahun depan.

 

Menurut sumber, pihak syarikat telah membuat lawatan rasmi ke Beijing bagi melihat beberapa unit EV berpotensi yang akan dibawa masuk.



“Sebagai permulaan kita akan membawa masuk unit import (CBU) dahulu,” jelasnya.

Tambah sumber, model EV Proton akan memiliki rekaan masa kini misalnya bahagian depan yang lebih elegan dengan bentuk lampu yang tirus.

Tahun lalu, Proton menyatakan akan mempercepatkan pelan EV apabila merancang memperkenalkan model tempatan pertama seawal 2025 berbanding perancangan awal  2027.

Langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan yang memberi sokongan kukuh kepada perkembangan EV di Malaysia.

Namun, Proton bakal berdepan isu penentuan harga mengambilkira produk EV sedia ada di samping kemunculan jenama EV China di pasaran tempatan. 

PRODUK EV DI BAWAH GEELY AUTO GROUP

Zeekr 007

Di bawah Geely Auto Group ada beberapa jenama yang menawarkan produk EV misalnya Lynk & Co, Smart, Zeekr, Polestar, Volvo dan Geometry.

Geely Geometry merupakan jenama yang memfokuskan kepada pembangunan produk NEV. 

Jenama Geometry diperkenalkan pada 2019 yang mana syarikat tersebut mensasarkan pengenalan 10 model EV menjelang 2025.

Geometry memiliki beberapa model kompak antaranya Panda mini, C, A, G6, M6 dan E. Manakala jenama Zeekr yang ditubuhkan pada 2021 menampilkan produk EV yang sporty dan premium menerusi 001, 009, X dan 007. 

GEELY GALAXY E8

Geely Galaxy E8

Sementara itu, bulan lalu Geely memperkenalkan EV Galaxy E8 menerusi lima pilihan varian pada harga mula RM114,225.

Geely Galaxy merupakan siri produk tenaga baharu yang menggunakan bahasa reka bentuk Galaxy Light.

Model sedan EV itu menampilkan lampu depan yang lebih ‘slim’ bersama lampu nyala siang (DRL), garisan bumbung yang rendah dan pintu tanpa bingkai. 

Menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) yang turut boleh ditemui pada Zeekr, Smart, Volvo dan Lotus, panjang E8 adalah 5,010mm, lebar (1,920mm), tinggi (1,465mm) dan jarak roda 2,925 mm. 

Model ketiga di bawah jenama Geely Galaxy itu menggunakan skrin 45-inci pada konsol tengah yang dipacu cip Qualcomm Snapdragon 8295 serta menggunakan tuil gear di belakang stereng.

Varian asas Geely Galaxy E8 menggunakan motor elektrik 200-kW pada gandar belakang dengan pek bateri 62-kWh LFP dan jarak perbatuan 550km (CLTC).

Adakah model ini bakal menjadi produk EV pertama Proton?. 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here