Utama Berita Automotif 4,295 notis pengesahan pemasangan SLD dikeluarkan

4,295 notis pengesahan pemasangan SLD dikeluarkan

13

Sebanyak 4,295 notis pengesahan pemasangan peranti had kelajuan (SLD) telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berat setakat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, notis itu dikeluarkan bagi memastikan semua kenderaan berat mematuhi keperluan pemasangan sistem berkenaan untuk keselamatan pengguna jalan raya.

“Apabila kita mengeluarkan notis, mereka diberi tempoh 14 hari untuk mendapatkan pengesahan SLD telah dipasang dan kembali ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pengesahan.

“Jika mereka berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, tiada tindakan lanjut atau saman dikenakan,” katanya. 

Anthony berkata, langkah penguatkuasaan terhadap pematuhan SLD menunjukkan kesan positif apabila semakin ramai pengusaha kenderaan berat tampil memasang sistem itu selepas notis dikeluarkan.

Selain itu, beliau berkata JPJ juga giat melaksanakan penguatkuasaan terhadap pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas.

“Ia (penguatkuasaan) tidak mengira sama ada bas itu milik institut pengajian tinggi (IPT), bas ekspres atau bas persiaran. Selagi ia (bas) dilengkapi tali pinggang, pematuhan adalah wajib,” katanya.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here