Utama Berita Automotif Masalah brek dan gear punca lori rempuh tiga kenderaan

Masalah brek dan gear punca lori rempuh tiga kenderaan

14

Masalah brek dan gear dipercayai menjadi punca sebuah lori tanah hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain di lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Pemangku Superintenden Mohd Rahimi Zainol berkata, siasatan awal itu diperoleh berdasarkan rakaman keterangan yang dijalankan terhadap pemandu lori tersebut. 

“Pemandu berusia 35 tahun itu mendakwa lori mengalami masalah brek serta gear sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Lori itu akan dibawa untuk dijalankan pemeriksaan Puspakom dan Kimia berhubung kemalangan itu,” katanya kepada Sinar Harian. 

Tambah beliau, kes masih dalam siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini media tempatan melaporkan sebuah lori tanah hilang kawalan semasa menuruni jalan berbukit menyebabkan rempuhan tiga kenderaan lain di lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah, Meru pada Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.57 pagi itu mengakibatkan enam individu termasuk pemandu lori tanah mengalami kecederaan. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here