
Untuk tahun ini sahaja, Ford sudah pun mempunyai senarai kempen panggil balik yang cukup panjang.
Terbaharu, sebanyak hampir 1.5 juta kenderaan terjejas dengan kempen panggil balik melibatkan model berikut:
- Ford C-Max (2015-2016)
- Ford Escape (2015-2016)
- Ford Explorer (2015)
- Ford Fiesta (2019)
- Ford Flex (2015-2019)
- Ford Fusion (2016)
- Ford Mustang (2020)
- Ford Taurus (2015-2016, 2018-2019)
- Lincoln MKT (2015, 2019)
- Lincoln MKZ (2015)

Kesemua kenderaan tersebut disyaki mempunyai sistem kamera belakang yang gagal berfungsi.
Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 12,487 tuntutan waranti berkait rapat dengan kamera belakang yang bermasalah, di mana laporan pertama telah diterima pada Julai 2014.
Difahamkan terdapat lima kes kemalangan berkaitan dengan isu tersebut, namun tiada sebarang laporan kecederaan diterima.