
Tirai terakhir telah pun dilabuhkan untuk model hot hatch keluaran Ford, iaitu Focus ST.
Ini kerana unit produksi terakhir telah pun meluncur keluang dari kilang pemasangan Saarlouis, Jerman pada 26 September yang lepas.
Sayang sekali, unit terakhir tersebut dikemaskan dengan warna merah tanpa sebarang hiasan dekoratif istimewa.
Ford Focus ST diperkenalkan sejak dari tahun 2002 di pasaran Eropah.
Hot hatch Focus ST sedia ada telah pun dijual sejak pertengahan tahun 2019, menampilkan enjin empat silinder sebaris EcoBoost 2.3 liter menghasilkan 276 hp yang dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan.
Pesaing kepada model seperti Golf GTI, Megane RS dan i30N itu sayang sekali tidak dapat bertahan lebih lama disebabkan pasaran yang lebih cenderung ke arah model-model crossover dan SUV.
Ford sebelum ini dilapor akan menamatkan penawaran Focus menjelang November ini.