Golf GTI Sepang Edition rasmi lancar, harga RM262,990

13

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf GTI Sepang Edition, kereta pertama di Malaysia yang hadir dengan lambang rasmi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ia juga merupakan kolaborasi pertama Volkswagen Malaysia dalam penghasilan sebuah model edisi khas dan dijual pada harga bermula RM262,990 seunit.

Golf GTI Sepang Edition yang dipasang tempatan (CKD) ini menampilkan rekaan yang berinspirasikan dunia pemotoran bersama logo eksklusif litar ikonik SIC, pada masa sama mengekalkan DNA prestasi sebuah Golf GTI.

Ciri-ciri eksklusif Golf GTI Sepang Edition:

  • Lencana Sepang Edition pada bahagian belakang, Logo Sepang Edition dengan kemasan UV Gloss pada tiang-B
  • Rim aloi ringan Richmond bersaiz 18-inci berwarna kelabu matte dengan penutup hab roda dinamik “GTI”
  • Kemasan sporty pada bahagian sisi acah sukan bermotor
  • Perumah cermin sisi berwarna hitam
  • Karpet lantai GTI dan penutup injap GTI
  • Plat asas Sepang Edition yang eksklusif
  • Bumbung, spoiler hadapan, diffuser belakang dan skirting sisi berwarna hitam 
  • Perakam Trafik Universal 2.0 (depan & belakang) dengan sensor penglihatan malam Sony Starvis untuk keselamatan
  • VW Tint original
  • Pemegang kunci dengan sijil asli
  • Dua pilihan warna badan Atlantic Blue dan King’s Red

Mekanikal kekal tidak berubah yang mana hot hatch itu menggunakan enjin 2.0 TSI berkuasa 245PS @ 5,000–6,200rpm dan tork 370Nm @ 1,600–4,300rpm bersama transmisi 7-kelajuan dua klac DSG. 

Sempena pelancaran berkenaan, VPCM turut memperkenalkan promosi jualan 10.10 untuk 10 unit terawal yang didaftarkan bakal menikmati sifar peratus kadar faedah pinjaman selama 10 bulan.

Golf GTI Sepang Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun, sebagai sebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here