
Honda India melancarkan model edisi istimewa CB350C Special Edition untuk para peminat jentera olskool.
Terdapat dua pilihan warna klasik, iaitu Red Metallic dan juga Mat Dune Brown.
Juga dikenali sebagai GB350S di pasaran UK, CB350C dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 348 cc menghasilkan 20 hp dan 29.5 Nm yang dipadankan dengan transmisi lima-kelajuan.
Ia mendapat kelengkapan seperti fork hadapan jenis teleskopik, penyerap hentak hidraulik berkembar di belakang, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, dan rim bersaiz 19 inci depan dan 18 inci belakang.
Jentera gaya klasik ini juga boleh disesuaikan dengan bermacam-macam aksesori termasuklah beg sisi, skrin penghadang angin, plet pelindung enjin dan tempat pemijak sisi boleh lipat.
Panel meter juga turut mempunyai indikasi topang sisi yang menghalang kuasa enjin sekiranya topang tidak dinaikkan saat pendikit dipulas.
Di India, Honda CB350C Special Edition ini dijual pada harga 201,900 rupee (RM9,559).