Honda rai Ulang Tahun Ke-25 dengan cabutan bertuah bernilai RM1 Juta

367

Honda Malaysia melancarkan kempen ulang tahun ke-25 “Because of You” sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menjadi nadi perjalanan mereka selama suku abad ini.

Jika anda penggemar kereta, atau sedang merancang untuk menukar kenderaan, ini adalah masa yang paling sesuai. 

Kempen yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2025 ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan ganjaran yang menarik.

Kemuncaknya..Honda Malaysia menawarkan ganjaran dan hadiah cabutan bertuah terbesar dalam sejarah mereka, bernilai sehingga RM1 juta dan enam buah model Honda yang menjadi rebutan iaitu:

  • WR-V RS
  • City RS
  • City Hatchback RS
  • Civic RS
  • HR-V (varian V)
  • CR-V e:HEV RS

Setiap kali anda memandu uji atau mendaftar mana-mana model Honda di pengedar sah sepanjang tempoh kempen, anda berpeluang mendapat sekurang-kurangnya satu penyertaan cabutan bertuah.

Kemudian, dua pemenang akan diumumkan setiap bulan menerusi akaun Facebook rasmi Honda Malaysia dan pusat jualan sah Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, menyatakan tahun 2025 adalah detik penting buat syarikat sejak penubuhannya pada 2000.

“Kami amat bersyukur atas kepercayaan tidak berbelah bahagi daripada pelanggan. Sokongan inilah yang mendorong kami untuk terus berkembang dan mengekalkan kedudukan No.1 dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut,” katanya.

PROGRAM EKSKLUSIF 

Selain cabutan bertuah, terdapat beberapa program khas untuk memberi ganjaran kepada kesetiaan dan minat pelanggan terhadap Honda:

  • Program Honda Loyalist & Loyalist Plus: Untuk pemilik Honda sedia ada, ahli keluarga (ibu bapa, pasangan, anak-anak) mahupun pemilik motosikal Honda—nikmati rebat tunai atau baucar servis sehingga RM2,000.
  • Program Upgrader: Jika anda bercadang untuk menaik taraf kepada Honda City atau WR-V, anda layak menerima rebat tunai atau baucar servis sehingga RM1,500.
  • Program Penjawat Awam: Sebagai penghargaan atas sokongan kerajaan, penjawat awam yang membeli model City, Civic, atau HR-V baharu akan menikmati rebat tunai tambahan sebanyak RM1,500.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati program tukar beli (trade-in) istimewa melalui Honda Certified Used Cars (HCUC), pilihan pembiayaan yang lebih fleksibel, dan diskaun selepas jualan sebanyak 25 peratus untuk alat ganti terpilih!. 

Ingin tahu lebih lanjut tentang cara untuk memenangi Honda baharu?. Anda boleh layari laman web rasmi Honda Malaysia atau hubungi pengedar sah mereka hari ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here