Pro-Net lancar pengecasan DC pertama, diskaun 50 peratus bulan Oktober

301

PRO-NET, anak syarikat Proton melancarkan hab pengecasan DC pertamanya di bangunan pentadbiran, Proton Tanjong Malim.

Kemudahan itu menyediakan dua pengecas DC dan empat petak pengecasan, dengan jumlah kuasa output stesen sebanyak 120kW.

Berbeza dengan kemudahan terdahulu yang dikendalikan penyedia pihak ketiga, ini merupakan infrastruktur pengecasan pertama yang diuruskan sepenuhnya oleh PRO-NET.

Ia memperkenalkan konsep pengecasan tanpa aplikasi yang mana pengguna hanya perlu mengimbas kod QR dan terus menggunakan paparan web untuk memulakan pengecasan serta membuat bayaran.

Proton menetapkan kadar pengecasan pada RM0.80 setiap kWh, antara yang terendah dalam negara.

Pada masa yang sama, pemilik Proton e.MAS dan Smart masih boleh memilih untuk menggunakan aplikasi e.MAS dan Hello smart yang telah diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem tersebut.

Sempena pelancaran ini, semua pengguna akan menikmati diskaun 50 peratus sepanjang bulan pertama operasi, menjadikan caj hanya RM0.40 setiap kWh bermula 1 hingga 31 Oktober 2025.

Selepas mendapat kelulusan Lesen ST EVCS, stesen pengecasan itu kini dibuka kepada semua pemilik kereta elektrik (EV) tanpa mengira jenama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here