Utama Berita Automotif Ford GT Heritage (2006) kini mencari pemilik baharu, harga mungkin cecah RM4...

Ford GT Heritage (2006) kini mencari pemilik baharu, harga mungkin cecah RM4 juta

23

Ford Heritage Collection merupakan tempat di mana Ford menyimpan khazanah koleksi kereta terhad yang pernah diproduksikan.

Salah satu koleksi tersebut, iaitu Ford GT Heritage (2006) kini sedang mencari pemilik baharu dan bakal dilelong di acara Barret-Jackson Fall 2025 di Scottsdale, Arizona.

Jentera ini merupakan salah satu daripada hanya 343 unit yang dibina untuk model tahun 2006 sebagai meraikan ulang tahun kemenangan podium penuh Ford di perlumbaan Le Mans 24 jam 1966.

Ia menampilkan liveri ikonik Gulf yang dihasilkan menggunakan tenaga tangan dan memiliki jarak perbatuan sekitar 13,430 km sahaja.

Ford GT itu dikuasakan oleh enjin bentangan V8 5.4 liter supercharger menghasilkan 550 hp dan 678 Nm yang dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan.

Unit istimewa ini digunakan untuk tujuan pemasaran dan media, di mana ia mempunyai beberapa kerosakan kecil pada bahagian belakang dan bawah badan. Namun usah risau kerana kerosakan tersebut telah dibaiki.

Harga jualan dianggarkan mencecah $1 juta (RM4.23 juta).

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here