Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus bermula esok

772

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menaikkan kadar kompaun kesalahan meletak kenderaan di Kuala Terengganu sehingga 100 peratus berkuatkuasa esok.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, sebelum ini kadar kompaun kesalahan itu adalah RM5 dan akan dinaikkan kepada RM10 jika diselesaikan dalam tempoh tujuh hari. 



Kadar yang perlu dibayar itu bakal meningkat kepada RM20 sekiranya pemilik kenderaan hanya melunaskan kompaun dalam tempoh antara tujuh dan 14 hari.

Sebelum ini, individu yang dikompaun atas kesalahan tersebut yang melakukan penyelesaian dalam tempoh sama hanya perlu membayar RM10.

Begitupun, kadar bagi kompaun yang dibayar lewat melebihi dua minggu pula kekal RM40.

Jurucakap MBKT menjelaskan, kadar baharu tersebut hanya dikenakan bagi pengeluaran kompaun bagi kesalahan meletak kenderaan di seluruh bandar raya berkenaan mulai 15 November.

Katanya, kadar lama masih dikekalkan terhadap tunggakan kompaun bagi kesalahan sama yang dikenakan sebelum ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here