2, 360 dikenakan mata demerit, 393 digantung lesen

187

Sejak Januari hingga Oktober lalu, seramai 2,360 individu dikenakan mata demerit di bawah Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dengan 393 daripadanya digantung lesen kerana melakukan kesalahan terjadual dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah itu seramai 1,966 pemegang lesen menerima amaran iaitu dikenakan mata demerit kali pertama.



“Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023, sejumlah 2,360 individu dikenakan mata demerit di bawah Kejara dengan enam pemegang lesen P dibatalkan lesennya.

“Bagi pemegang lesen biasa, seramai 333 orang dikenakan penggantungan kali pertama iaitu selama lapan bulan. Penggantungan kali kedua selama 10 bulan, seramai 49 orang.

“Penggantungan kali ketiga selama 12 bulan seramai lima orang,” katanya. 

Menerusi operasi yang dilaksanakan bagi tempoh 1 hingga 29 November lalu, sebanyak 719,766 kenderaan diperiksa dan sebanyak 122,208 notis dikeluarkan kepada pemandu yang masih belum mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kesalahan teknikal mencatatkan saman paling tinggi iaitu 28,192 notis atau 23 peratus diikuti kesalahan membabitkan lesen sebanyak 28,039 juga 23 peratus,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here