Gara-gara nombor plat LANGEK, JPJ tahan sekumpulan remaja

943

Sekumpulan remaja bermotosikal ditahan pihak berkuasa gara-gara menggunakan nombor plat  ‘LANGEK’ di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini. 

Tindakan mempamerkan nombor pendaftaran mengelirukan itu membawa padah apabila mereka ditahan dalam operasi rondaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh hala selatan.



Turut dikesan kesalahan tiada lesen memandu, pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan lain-lain kesalahan teknikal.
 
Pihak JPJ menasihati masyarakat terutama ibu bapa supaya tidak membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen.
 
“Pastikan motosikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” tulisnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here