Utama Berita Automotif Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia

Dua lorong manual RFID dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia

151
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan dua lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) dibuka di Plaza Tol Bandar Cassia, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS).
 
 
Dua lorong yang terlibat adalah di Lorong K23 (Plaza Tol B) dari arah lebuh Raya PLUS ke Bandar Cassia dan Lorong M4 (Plaza Tol C) dari Bandar Cassia menuju ke lebuh raya PLUS.
 
Kedua-dua lorong manual RFID tersebut boleh dilalui pada waktu puncak Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 pagi hingga jam 9.30 pagi dan antara jam 4.30 petang hingga jam 7.00 malam.
 
“Pembukaan lorong manual itu bertujuan mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak.
 
“Petugas tol akan dilengkapi dengan peranti mudah alih (portable reader) di lorong manual berkenaan untuk mengimbas tag atau pelekat RFID, bagi membantu mempercepatkan transaksi pengguna,” kata JKSB menerusi kenyataan media yang dikeluarkan. 
 
Sehubungan itu, JKSB menasihatkan agar pengguna memastikan baki kad atau e-wallet mencukupi bagi memastikan kelancaran lalu lintas. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here