Porsche Macan Generasi Kedua: Hanya EV ditawarkan, 4 varian, bermula RM430K

56

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengedar tunggal kenderaan Porsche di Malaysia memperkenalkan generasi kedua SUV Porsche Macan untuk pasaran tempatan.

Kali ini, SUV itu tidak seperti model generasi pertama, kerana semua Macan kini hanya ditawarkan dalam versi elektrik sepenuh masa.

Honda

Generasi kedua itu, banyak diinspirasikan daripada sedan elektrik Taycan. Ia membabitkan rekaan lampu utama terpisah di mana struktur kluster lampu di bahagian atas bertindak sebagai unit lampu nyalaan siang (DRL), manakala lampu suluhan utama diposisikan pada bahagian bampar.

Baca juga artikel berkaitan

>> Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupé pasang di Malaysia bakal eksport ke Thailand

Bahagian belakang menerima bar lampu LED melintang penuh, diikuti dengan komponen spoiler adaptif yang berjaya disembunyikan dengan baik. Keempat-empat pintu didatangkan dengan rekaan tanpa bingkai tingkap. 

Ruang kabin Macan juga diinspirasikan daripada kabin Taycan dengan padanan skrin kluster digital 12.6 inci, skrin tengah 10.9 inci serta pilihan untuk menambah skrin di hadapan penumpang juga sebesar 10.9 inci.

Sistem infohibur Porsche Macan bergantung kepada sistem operasi Android Automotive OS, selain menyediakan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Untuk pasaran Malaysia, Porsche Macan EV ditawarkan empat varian membabitkan: 

  • Macan – RM430,000
  • Macan 4 – RM445,000
  • Macan 4S – RM525,000
  • Macan Turbo – RM635,000

Prestasinya juga berbeza, ini perinciannya:

Macan

  • 340 PS/563 Nm (boost 350 PS)
  • 0-100 km/j 5.7 saat
  • Kelajuan maksimum 220 km/j
  • Jarak pemanduan 641 km

Macan 4

  • 387 PS/650 Nm (boost 408 PS)
  •  0-100 km/j 5.2 saat
  • Kelajuan maksimum 220 km/j
  • Jarak pemanduan 613 km

Macan 4S

  • 448 PS/820 Nm (boost 516 PS)
  • 0-100 km/j 4.1 saat
  • Kelajuan maksimum 240 km/j
  • Jarak pemanduan 606 km

Macan Turbo

  • 584 PS/1,130 Nm (boost 639 PS)
  • 0-100 km/j 3.3 saat
  • Kelajuan maksimum 260 km/j
  • Jarak pemanduan 591 km

Baca juga artikel berkaitan

>> Ronaldo hadiah ibu Porsche Cayenne

Untuk mengecasnya pula, Macan EV mampu menyokong pengecasan AC 11 kW di mana pek bateri boleh dicas dari 0-100 peratus SoC dalam tempoh 10 jam.

Pengecasan pantas DC sehingga 270 kW pula membolehkan pengguna mengecas bateri 10-80 peratus sepantas 21 minit.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here