Ronaldo hadiah ibu Porsche Cayenne

170

Cristiano Ronaldo memastikan penghujung 2023 lebih bermakna buat ibunya dengan kejutan sebuah Porsche Cayenne pada malam tahun baru.

SUV itu sempena meraikan ulang tahun ibu beliau, Dolores Aveiro yang berumur 69 tahun. Momen istimewa itu turut disaksikan ahli keluarga yang lain ketika Ronaldo pulang bercuti di Madeira.



Menerusi video yang dkongsi menunjukkan anak lelaki Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr memimpin Aveiro ke Porsche Cayenne berwarna hitam. 

Aveiro menahan sebak apabila mengetahui SUV dengan riben merah besar itu adalah hadiah buat dirinya lalu memeluk Ronaldo Jr sebelum masuk ke dalam kenderaan.

Dia kemudian ditunjukkan secara ringkas fungsi ciri peralatan Cayenne manakala keluarganya, termasuk Ronaldo menonton dari dalam garaj.

Kakaknya, Katia memuji sifat pemurah Ronaldo kepada ibu mereka.

“Jika dia gembira, itu kerana anaknya mengingatinya dan bukan kerana nilai hadiah itu. Hormatilah ayahmu dan ibumu dan umurmu di bumi akan panjang,” tulisnya.

Ibu Ronaldo memberikan sokongan penuh kepada anaknya sepanjang kerjaya profesional.

Dia menangis apabila Ronaldo mendedikasikan satu gol untuknya semasa Portugal menang 4-0 ke atas Switzerland pada Jun 2022 ketika menonton dari kerusi penonton.

Porsche Cayenne dijana oleh enjin 3.0 liter turbo V6 yang menghasilkan kuasa 335hp @ 5,300-6,400rpm dan tork 450Nm @ 1,340 – 5,300rpm bersama transmisi 8-kelajuan Tiptronic S. 

SUV itu dijual pada harga bermula dari RM691,00. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here