Lelaki ditemukan rentung dalam kereta

143

Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam sebuah kenderaan dekat Batu 23, Jalan Pahang, Tapah, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.04 malam tadi.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian.



“Kebakaran melibatkan kereta yang musnah terbakar kira-kira 50 peratus.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dipercayai Orang Asli berumur 50 tahun rentung di bahagian tempat duduk belakang kereta, “ katanya.

Sabarodzi berkata, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Katanya, pihak bomba kemudian membantu pihak polis mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak polis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here