Baru lepas ‘overhaul’, Peugeot RCZ Roy Azman hangus terbakar

2411

Pelakon, Roy Azman berkongsi kereta yang dinaiki terbakar di sebuah lebuhraya ketika perjalanan pulang dari Shah Alam, Selangor. 

Insiden itu dikongsi di akaun rasmi Instagramnya menerusi beberapa keping gambar dan sebuah video yang menunjukkan kereta itu terbakar.



“Salam semua, alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta, syukur.

“Terima kasih Datuk Eg, Datin Heykal, Faezah, Yusof dan akmal datang teman buat laporan,” tulisnya pada kapsyen hantaran.

Pada video yang dikongsi, dipercayai kenderaan yang dipandu Peugeot RCZ itu terbakar sepenuhnya dan turut kelihatan bomba berada di lokasi kejadian bagi memadamkan api. 

Bagaimanapun, pelakon senior itu tidak memaklumkan waktu dan lokasi insiden tersebut.

Pada video yang lain, Roy Azman menjelaskan keretanya itu baru menjalani ‘overhaul’ (baik pulih) di Ampang dan diambil petang semalam.

“Kemudian kami pergi makan di Puncak Alam dengan kawan-kawan. Balik daripada tu dalam pukul 11 lebih macam tu, ada kereta hon-hon yang bagitahu kereta dah terbakar.

“Tapi tak nampakpun ada api kat bawah tu, sebab kita tengah drive, bila tengah berjalan.. api itu dia kat bawah dan ke belakang, jadi tak nampak. Sampai ada kereta yang hon-hon, masa itulah nampak ada api.

“Nak berhenti tepi brek pula kosong macam takda function apa. Tapi nasib baik handbreak masih working, kereta menjajau sikitla tapi dapat brek, dapat berhenti sebelum tak langgar divider. 

“Syukur Alhamdulillah saya, isteri dan anak selamat. Sempat keluar dari kereta yang terbakar,” kongsinya. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Roy Azman (@thisisroyazman)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here