[Video] Perodua Alza hangus terbakar di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang

1826

Tular di media sosial sebuah Perodua Alza berwarna merah hangus terbakar di susur masuk Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, petang semalam. 

Pasukan bomba dan penyelamat Perai bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 petang.



“Apabila bomba tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah Perodua Alza terbakar dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran 95 peratus.
 
“Pasukan Bomba bertindak melakukan pemadaman sehingga kebakaran dapat dikawal pada jam 2.37 petang. Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.47 petang dan operasi tamat pada jam 3.02 petang,” tulis kenyataan media di Facebook JBPM.
@penang_kini_official

Moga dipermudahkan hendaknya.

♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG

Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut tiada kemalangan jiwa. Berdasarkan perkongsian video TikTok Penang Kini Official menunjukkan kepulan asap tebal diiringi dengan bunyi letupan ketika MPV itu terbakar.
 
“Husband ada tempat kejadian. Dia cita tadi. Dia cakap kereta tu baru beli dua bulan. Tiba-tiba keluar asap dan terbakar,” tulis LeizaLizz92.
 
Rata-rata pengguna TikTok bersimpati dengan pemilik kenderaan dan mendoakan yang terbaik.

“Sayangnyaa dah laa alza baru.. Dah booking lain kena tunggu setengah tahun pulak.”

 
“Selalu kes mcm ni terjadi kerana modifikasi ke atas sistem wiring yg menyebabkan litar pintas.”
 
“Saya dah pernah alami, punca dari aircond..huhu.”
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here