Malaysia Autoshow 2023: 9 fakta ringkas skuter hibrid pertama Aveta VADV150 lancar di Malaysia

460

Aveta Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan skuter hibrid pertama VADV150 dengan Sistem Perakam Video Digital binaan dalam.

Aveta VADV150 Hybrid merupakan salah satu skuter termaju dengan teknologi terkini dan badan lebih ramping yang sesuai buat pengguna urban.

Berikut informasi ringkas perlu anda tahu tentang skuter hibrid pertama Aveta tersebut:



  • Dijana oleh enjin 149cc penyejukan cecair, SOHC, 4-injap menghasilkan kuasa 12.1kW @ 8,500rpm dan tork 14.6Nm @ 6,500rpm.
  • Sistem DVR kamera depan dan belakang merupakan ciri keselamatan tambahan yang membolehkan pemilik merakam dan berkongsi momen tunggangan.
  • Saiz tangki minyak 9.3 liter cukup ideal untuk tunggangan harian. 
  • Lampu depan LED penuh dengan sistem pencahayaan adaptif (AFS) meningkatkan pandangan ketika tunggangan waktu malam. 
  • AFS menggunakan sensor pengesanan kelajuan kenderaan, sudut hendal dan lain-lain bagi melaras arah dan terang lampu depan. Ini membolehkan pencahayaan lampu disesuaikan dengan keadaan tunggangan yang berubah-ubah di samping meningkatkan penglihatan di jalan raya.
  • Visor angin depan boleh laras 2-tahap memberikan perlindungan maksimum.
  • Slot pengecas USB dan bluetooth
  • Paparan LCD TFT Pintar memaparkan maklumat motor misalnya angin tayar, kelajuan, posisi gear, perbatuan dan lain-lain.
  • VADV150 Hybrid didatangkan dengan warna Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here