Bayi rentung, Honda Jazz terbabas lalu terbakar

285
Seorang bayi lelaki maut selepas sebuah Honda Jazz yang dinaiki rentung terbakar dalam kemalangan di depan bangunan BSN Kuala Krai, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, Kelantan, awal pagi tadi. 
 
Menurut Menurut Pegawai Operasi, PBK II Mohd Fadzil Musa, Honda Jazz tersebut terbabas dan melanggar tiang lampu sehingga menyebabkan kenderaan tersebut terbakar.
 
 
“Tiga mangsa terlibat iaitu seorang lelaki dewasa melecur seluruh tubuh, seorang perempuan mengalami cedera ringan dan seorang lagi mangsa adalah bayi lelaki.
 
“Bagaimanapun, bayi tersebut dijumpai rentung dalam kereta akibat terperangkap,” katanya menerusi kenyataan media. 
 
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 pagi tadi lalu mengerahkan pasukan bomba dari Kuala Krai dan Sungai Durian ke lokasi kejadian. 
 

Bayi tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Manakala kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here