Lelaki rentung, kereta terbakar di tempat letak kereta

820

Seorang lelaki rentung dalam kejadian kebakaran sebuah kereta di parkir Jalan Putra Square, Kuantan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa yang berumur 35 tahun ditemui terbakar kira-kira 80 peratus.

Mayat mangsa masih berada di tempat duduk pemandu dengan kedudukan kerusi diturunkan dan kereta terbakar keseluruhan. Mayat tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat



“Berdasarkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Wan Zahari berkata, mangsa yang merupakan pekerja am di Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) menggunakan kereta milik rakannya dan siasatan masih dilakukan bagi mengenalpasti punca kebakaran.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here