Gara-gara aksi superman, dua lelaki ditahan lepas jamu selera Nasi Bamboo Sungkai

363
Polis menahan dua lelaki melayu berumur 19 dan 21 tahun selepas video mereka melakukan aksi superman tular yang dikongsi pada grup Facebook Dashcam CCTV Malaysia And Kementerian Netizen Malaysia.
 
Rakaman tersebut menunjukkan beberapa buah motosikal melakukan aksi menunduk dan meniarap ketika menunggang di KM329 di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara daerah Tapah.
 

Bertindak atas maklumat, Unit 42 Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah berjaya mengesan suspek yang menetap di Tanjung Tualang Batu Gajah, Perak.
 
Mereka mengaku individu di dalam video dan direman selama tiga hari bermula semalam serta disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.
 
Aksi-aksi seperti wheelie, menunggang secara zig-zag, menduga kelajuan, bersaing sesama sendiri di atas jalan awam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.
 
Pihak berkuasa menasihati para ibu bapa dan penjaga sentiasa memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang mengundang padah di jalan raya. 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here