Gara-gara tegur pesakit mandi lama, paramedik dikenakan tindakan

266

Permintaan seorang warga Korea Selatan agar ambulans tiba selepas 30 minit panggilan dilakukan gara-gara ingin mandi terlebih dahulu mencetuskan kritikan. 

Bahkan, situasi menjadi lebih teruk apabila pesakit itu membuat aduan paramedik yang merawatnya tidak ramah sehingga dikenakan tindakan tatatertib. 



Menurut akhbar Chosun, sebilangan besar pekerja dari Jabatan Bomba Incheon dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam Kebangsaan mengadakan protes di luar Dewan Bandaraya Incheon pada petang 20 November.

Mereka berang dengan tindakan warganegara itu yang dianggap tidak menghormati paramedik. 

Kesatuan melaporkan kejadian berlaku pada 7 Ogos, seorang pesakit (dirujuk sebagai A) menghubungi jabatan kecemasan 119 meminta ambulans kerana mengalami demam dan hidung berair.

Bagaimanapun, dia membuat permintaan agar ambulans tiba selepas 30 minit kerana ingin mandi terlebih dahulu.

Justeru itu, seorang paramedik berusia 30-an (dirujuk sebagai B), dengan pengalaman tujuh tahun dalam industri, dihantar bersendirian dengan ambulans untuk mengambil pesakit tersebut.

Tetapi, A meminta B menunggu lebih lama kerana masih mandi. Paramedik itu perlu menunggu tambahan lapan hingga sembilan minit untuk A meninggalkan rumahnya dan menaiki ambulans.

Dalam perjalanan, paramedik itu memberi amaran kepada A supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan ambulans kerana boleh melambatkan bantuan kepada individu yang memerlukan ketika kecemasan.

Tanpa diduga, A membuat aduan terhadap B. Akibatnya, paramedik itu dikenakan tindakan pada 28 Ogos dan tidak dibenarkan menerima anugerah kerja selama setahun.

Bahkan, A masih meneruskan aduan sehingga menyebabkan paramedik itu mendapatkan rawatan di hospital akibat tekanan, lapor Sanook.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here