Tertidur atas rel, pemuda maut dirempuh kereta api

212

Seorang lelaki yang dikenali sebagai DAM, 20 maut apabila digilis kereta api di Condro Utara, daerah Kaliwates, Jember, Indonesia.

Korban yang merupakan penduduk kejiranan Gebang Tunggul, Kaliwates dipercayai mabuk ketika kejadian berlaku. 



Ketua Polis Kaliwates Kompol, Mahrobi Hasan berkata badan mangsa terbelah dua akibat rempuhan berkenaan.

“Kejadian berlaku pada jam 3.40 pagi yang mana sebelumnya mangsa dan tiga rakannya pesta arak merayakan tahun baru sekitar lokasi kejadian.

“Korban dipercayai mabuk teruk dan tidur di atas rel sekitar 2.30 pagi. Ada kereta api Wijayakusuma yang melintas, melaju dari barat ke arah timur stesen Jember.

“Kemudian melanggar korban yang sedang tidur di atas rel itu. Dua orang saksi rakan mangsa cuba menolong namun tercampak akibat impak kereta api sehingga mengalami luka ringan,” katanya.

Susulan itu, rakan mangsa cuba memaklumkan kepada penduduk sekitar dan setibanya di lokasi kejadian polis melakukan pemindahan mayat ke RSD dr. Soebandi Jember.

Berdasarkan maklumat dari pemandu kereta api, dia melihat sekumpulan individu di sekitar trek dan sebahagian daripadanya duduk di rel. 

“Melihat keadaan itu, pemandu membunyikan hon lokomotif berulang kali agar orang-orang tersebut menjauh dari rel.

“Beberapa yang lain sudah beredar, tapi ada satu orang masih berada cukup dekat dengan rel, kerana sudah terlalu dekat maka insiden tidak dapat dielakkan,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here