BYD jual 3.02 juta kenderaan pada 2023, peningkatan 62.3 peratus

187

BYD merekodkan jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) sebanyak 3,024,417 pada 2023, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 62.3 peratus berbanding 1,863,494 kenderaan pada tahun sebelumnya.

Segmen kenderaan komersial BYD memainkan peranan penting menerusi rekod jualan 11,511 unit pada 2023. Kategori ini merangkumi bas elektrik, trak dan kenderaan lain yang mana pertumbuhan jualan mengatasi peningkatan jualan keseluruhan syarikat.



Bagi segmen kereta penumpang, jualan BYD mencapai 3,012,906 unit pada 2023, menandakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 62.2 peratus.

Ini disumbangkan oleh lonjakan jualan kereta elektrik (EV) dengan jumlah 1,574,822 unit, iaitu peningkatan tahun ke tahun 72.8 peratus.

Jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) menyumbang 52.3 peratus daripada jumlah jualan kereta penumpang.

Sementara model plug in hibrid mencapai jualan 1,438,084 unit, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 52.0 peratus.

BYD Group terdiri daripada empat jenama kereta utama iaitu BYD, Denza (usaha sama dengan Mercedes-Benz), FCB (memberi tumpuan kepada prestasi off road), dan YangWang (jenama mewah).

Jualan eksport EV BYD pula adalah 242,766 unit pada 2023. Angka ini mewakili peningkatan tahun ke tahun sebanyak 334 peratus, mengatasi jualan terkumpul luar negara selama hampir dua dekad.

GEELY

Sementara itu, Geely menjual 1,686,516 kenderaan pada tahun lalu, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 18 peratus.

Rekod itu mengatasi sasaran awal Geely sebanyak 1.65 juta kenderaan. Untuk 2024, Geely menyasarkan jualan 1.9 juta kenderaan dan kadar pertumbuhan NEV sebanyak 66 peratus.

Geely menjual NEV sebanyak 487,461 unit tahun lalu, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 48 peratus.

Manakala jualan mengikut jenama, Geely pada 2023 merekodkan angka 1,309,580 kenderaan, peningkatan 16 peratus tahun ke tahun.

Antaranya, siri Geely Galaxy (L7 PHEV SUV & L6 PHEV sedan) dengan jualan 83,497 unit dalam tempoh tujuh bulan selepas pelancaran. Manakala siri Geely Geometry merekodkan jualan terkumpul sebanyak 191,346 unit, kenaikan 28 peratus.

  • Lynk & Co pula merekodkan jualan 220,250, iaitu peningkatan 22 peratus.
  • Zeekr pula merekodkan jualan 118,685 kenderaan, iaitu peningkatan 65 peratus. 
  • Livan, jenama yang terkenal dengan pertukaran bateri, menjual 3,900 kenderaan pada bulan Disember, menjadikan jualan terkumpul tahunan kepada 38,001 kenderaan. Pada 2023, Livan melancarkan SUV Livan 7.

Geely mengeksport 274,101 kenderaan iaitu peningkatan tahun ke tahun 38 peratus. Pada masa sama, Geely meneroka pasaran Timur Tengah, Asia-Pasifik, Afrika, Amerika Latin dan Pan-Eropah, dengan 532 cawangan jualan & servis di 70 negara.

Ia juga menubuhkan anak syarikat keempatnya di pasaran Mexico untuk menembusi pasaran Amerika Latin.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here