Jualan November: BYD kekal jenama terlaris 10 bulan berturut-turut, Geely tangga ke-4

145

Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) melaporkan sebanyak 2.08 juta kenderaan baharu didaftarkan di China, bulan lalu. Ia meningkat sebanyak 2.3 peratus berbanding Oktober.

Sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) memainkan peranan penting menerusi jualan 552,000 kenderaan elektrik (EV) dan 289,000 kenderaan elektrik plug-in hibrid (PHEV) dengan sumbangan 40.4 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan.



Pertumbuhan ketara pada November dipengaruhi diskaun besar yang ditawarkan syarikat enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi merangsang jualan susulan pertumbuhan EV yang semakin meningkat.

 

BYD mempertahankan jenama terlaris 10 bulan berturut-turut menerusi jualan 250,115 kenderaan pada November. Ia mewakili peningkatan 17.2 peratus tahun ke tahun dan perkongsian pasaran 12.02 peratus.

Kemudian, diikuti Volkswagen di tempat kedua dengan jualan 207,423 unit mewakili pertumbuhan kukuh tahun ke tahun sebanyak 31.2 peratus dan perkongsian pasaran 9.97 peratus.

Tempat ketiga adalah Toyota dengan jumlah jualan 141,746 kenderaan, mewakili peningkatan 17.1 peratus tahun ke tahun dan perkongsian pasaran 6.81 peratus.

Jenama Geely dan Honda melengkapkan senarai lima teratas jenama terlaris dengan jualan masing-masing 107,557 dan 106,377 kenderaan. Jualan Geely melonjak sebanyak 40.5 peratus manakala Honda merekodkan perkongsian pasaran 5.11 peratus.

Pasaran EV

Dalam pasaran kenderaan elektrik (EV), BYD kekal mendahului dengan jualan 133,785 kenderaan dan 27.03 peratus perkongsian pasaran.  

Tesla mengikuti di belakang dengan rekod jualan 65,504 unit yang mana Model 3 versi facelift merupakan penyumbang terbesar melebihi 15,000 unit.

Kedudukan ketiga, keempat dan kelima bagi jualan EV masing-masing diisi oleh Wuling (47,846), Aion (38,840) dan Volkswagen (20,609).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here