Utama Berita Automotif Mat saleh puji servis ETS Malaysia bandingkan dengan kereta api di Thailand

Mat saleh puji servis ETS Malaysia bandingkan dengan kereta api di Thailand

1204
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ekspres Kuala Lumpur-Padang Besar oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilancarkan pada 11 Julai 2015.
 
Pejam celik sudah tujuh tahun perkhidmatan berkenaan ditawarkan di Malaysia yang memudahkan pergerakkan pengguna menuju ke utara menerusi servis kenderaan awam lebih moden. 
 
Seorang mat saleh memuji perkhidmatan kereta api yang disediakan di Malaysia ketika menggunakannya dari Butterworth ke Kuala Lumpur.
 
Richard Barrow memilih koc kelas perniagaan yang berharga RM150 dan kagum dengan perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang perjalanan empat jam itu.
 
Jika diperhatikan Barrow banyak menggunakan perkhidmatan kereta api di Thailand jadi tidak hairan dia membandingkan perkhidmatan awam tersebut dengan negara jiran.
 
 
“Thailand sangat perlu menaik taraf kereta api mereka. Saya tahu mereka mempunyai kereta api Red Line tetapi tidak sama dengan yang ini. Kami memerlukan sesuatu seperti ini untuk pergi ke Chiang Mai.
 
“Tidak lama selepas kami berlepas, atendan datang membawa makan tengah hari yang termasuk dalam harga tiket. Kemudian dua jam kemudian mereka datang membawa kopi dan teh serta makanan ringan. Pengalaman yang hampir sama dengan pesawat,” tulisnya.
 
Selain itu, Barrow juga membuat perbandingan bagi tiket kelas biasa bernilai RM80 dengan susunan tempat duduk 2 + 2.
 
“Dalam gerabak saya ia adalah 1 + 2 dan jadi kami mempunyai lebih banyak ruang daripada mereka.
 
“Salah satu perkara terbaik ialah gerabak restoran, walaupun kecil kerana ia berkongsi ruang dengan gerabak biasa. Dah lama saya tidak lalui pengalaman seperti ini. Semoga Thailand akan mempunyai gerabak restoran menjelang Januari tahun depan,” katanya. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here