Ini lima jalan raya dengan lorong paling banyak di dunia

3719

Di Malaysia, biasanya jalan raya atau lebuhraya cuma ada empat lorong sahaja. Namun jika diperhatikan dengan jalan melibatkan plaza tol, kebanyakannya akan mempunyai lebih daripada empat lorong.

Hal ini kerana, lorong-lorong ini memudahkan penyuraian kenderaan agar urusan tol lebih lancar. Lepas daripada tol itu, jalan raya biasanya akan kembali semula kepada empat lorong atau kurang.



Namun, tahukah anda terdapat jalan raya di negara lain yang mempunyai tujuh atau lebih lorong untuk jalan sehala?

Ini lima jalan raya dengan jumlah lorong paling banyak di dunia.

  1. Interstate 75, Amerika Syarikat (16 lorong)

Lebuhraya Interstate atau disebut sebagai I-75 dibuka ada tahun 1957 dengan jarak 2,875km telah menghubungkan 6 buah negeri kesemuanya yang bermula dari Florida sehingga Michigan.

Di bandar Marietta, jalan raya di situ memerlukan 15 lorong manakala di Atlanta pula yang berjarak 12.8km itu memerlukan sehingga 16 lorong yang merupakan bahagian paling banyak lorong sepanjang lebuhraya tersebut.

Lebuhraya yang dibina secara berperingkat ini mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan dengan fasa terakhirnya selesai pada tahun 1973. Kewujudan banyak lokasi menarik sepanjang laluan di lebuhraya ini menjadikan laluan ini antara laluan ikonik dalam sejarah Amerika Syarikat.

2. New Jersey Turnpike, Amerika Syarikat (18 lorong)

lorong jalan raya

Lebuhraya New Jersey Turnpike ini merupakan salah sebuah lebuhraya yang dijadikan contoh ikutan negara-negara lain dalam pembinaan laluan berkelajuan tinggi. Lebuhraya ini dibuka pada tahun 1951 dan mempunyai jumlah jarak sepanjang 188km.

Sebenarnya, tak semua kawasan perlukan jumlah lorong yang banyak. Ada sesetengah kawasan cuma ada empat lorong iaitu dua lorong untuk satu hala, manakala ada juga yang mempunyai enam lorong dengan tiga lorong untuk satu hala.

Tetapi, lorong akan bertambah sehingga kepada 12 lorong iaitu enam lorong untuk satu hala bila sampai di kawasan yang sibuk. Di laluan 14 dan 15E, jumlah lorongnya boleh meningkat sehingga 18 lorong. 

Lebuhraya ini dikawal selia oleh pihak bebas iaitu The Turnpike Authority dan bukannya dikawal oleh mana-mana kerajaan pusat atau negeri. Kawalan selia yang bersifat bebas ini mempunyai 200 pasukan peronda polis sendiri untuk pastikan keselamatan pengguna lebih raya tersebut.

3. King Highway 401, Kanada (18 lorong)

lorong jalan raya

Dengan jarak 828km, lebuhraya ini merupakan laluan paling sesak di Kanada yang menghubungkan kawasan barat dan timur negara itu iaitu bermula dari Windsor di bahagian barat sehingga ke Ontario-Quebec di bahagian timur.

Jalan raya ini mula dibuka pada tahun 1953 yang pada asalnya cuma ada dua lorong untuk jalan sehala. Tapi, disebabkan kadar penggunaannya jalan raya tersebut yang makin sibuk, kerajaan Kanada ambil keputusan untuk menambah jumlah lorong kepada 12 lorong dengan enam lorong untuk satu hala di beberapa bahagian yang sesak.

Antara kawasan yang paling sesak adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto. Untuk atasi kesesakan jalan raya di situ, kerajaan Kanada telah menambah lagi enam lorong di kawasan tersebut dan menjadikan laluan di situ mempunyai sembilan lorong untuk satu jalan sehala.

Ini menjadikan lebuh raya tersebut mencapai 18 lorong kesemuanya. Tapi, ada yang melaporkan bahawa kesesakan masih teruk di situ.

4. Lebuhraya Naypyidaw, Myanmar (20 lorong)

lorong jalan raya

Mengikut perancangan kerajaan Myanmar, mereka ingin membangunkan Naypyidaw untuk dijadikan pusat pentadbiran negara tapi gagal merancang untuk memenuhkan bandar tersebut dengan penduduk.

Jadi, untuk penuhkan penduduk, kerajaan Myanmar membina lebuhraya dengan 20 lorong yang mempunyai 10 lorong untuk jalan sehala demi untuk menghubungkan bangunan parlimen mereka dengan pusat bandar.

Yang uniknya, lebuh raya ini bukan dibina untuk mengurangkan kesesakan jalan raya seperti di negara-negara lain kerana lebuh raya ini lengang dengan kenderaan.

5. Interstate 10, Amerika Syarikat (26 lorong)

lorong jalan raya

Juga dikenali sebagai Katy Freeway, lebuh raya ini dibina pada era 1960-an dengan hanya menempatkan enam hingga lapan lorong sahaja sebelum laluan ini diperbesarkan sehingga mampu memuatkan kapasiti 200,000 buah kenderaan dalam masa sehari.

Bukan itu sahaja, pada tahun 2000, beberapa lorong tambahan yang berstatus lorong khas ditambah untuk membantu aliran trafik menjadi lebih baik.

Lebuh raya ini mempunyai jumlah jarak sepanjang 1,412km merentasi Texas dan mempunyai 12 lorong utama dibahagikan kepada enam lorong untuk satu hala dan lapan lorong penyurai trafik serta enam lorong khas.

Enam lorong khas dengan tiga lorong di setiap hala dikhaskan untuk pengunaan kenderaan awam dan kenderaan yang sarat penumpang pada waktu puncak.

Tapi, apa yang merisaukan adalah pelebaran jalan yang dilakukan ini tidak mendatangkan kesan seperti yang diharapkan kerana masa yang diambil oleh pemandu setelah lorong makin bertambah menjadi lebih panjang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here