Honda Malaysia bakal lancar e:N1 tahun ini

409

Honda Malaysia  bakal memperkenalkan tiga model baharu tahun ini yang mana sebuah model baharu manakala dua lagi versi peningkatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hinorobu Yoshimura, buat pertama kali pihak syarikat akan memperkenalkan kenderaan bateri elektrik (BEV), Honda e:N1 ke pasaran tempatan. 

Honda
Honda

Model pertama untuk tahun ini telahpun diperkenalkan Januari lalu iaitu Honda Civic facelift menerusi empat pilihan varian.

Sementara itu, kami menjangkakan sebuah lagi model yang bakal diperkenalkan adalah Honda HR-V e:HEV.

Ini kerana SUV segmen-B tersebut telahpun dilancarkan di negara jiran Thailand pada September tahun lalu. 

Secara spesifikasi, Honda e:N1 menggunakan bateri lithium-ion 68.8kWh dengan jarak perbatuan 412km. Motor elektriknya mampu menghasilkan kuasa 201hp dan tork 310Nm dengan transmisi automatik.

SUV lima kerusi itu memiliki panjang 4,380mm, lebar (1,790 mm) dan jarak roda (2,607mm) bersama jarak kelegaan tanah 135mm.

Hinorobu Yoshimura juga menyatakan Honda Malaysia bakal memperkenalkan tiga lagi model BEV bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Sementara itu, beliau berkata sasaran jualan Honda Malaysia untuk tahun ini adalah 83,000 unit.

“Tahun lalu kami merekodkan jualan sebanyak 81,600 unit yang mana segmen hibrid mencapai perkongsian pasaran 30 peratus. 

“Honda juga menjadi peneraju bagi segmen kenderaan bukan nasional yang mana HR-V, Civic dan CR-V menjadi kenderaan terlaris dalam segmen masing-masing,” katanya, 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here