
Leapmotor Malaysia memperkenalkan kempen pembiayaan eksklusif dengan kerjasama Public Bank Berhad untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses dan mampu dimiliki rakyat Malaysia.
Kerjasama eksklusif itu menawarkan kadar faedah serendah 0.38 peratus untuk pinjaman 90 peratus bagi tempoh 60 bulan.
Bermula 13 Mac hingga 30 April 2025, pelanggan yang mengambil peluang tawaran pembiayaan ini juga akan menerima Wallbox Charger percuma dengan pemasangan bernilai lebih RM4,000 untuk kemudahan pengecasan di rumah.
Bagi mereka yang memilih tempoh pinjaman lebih lama, kadar faedah masih kompetitif, dengan 0.78 peratus untuk 72 bulan dan 0.98 peratus untuk 84 bulan. Sebagai rujukan, pinjaman 90 peratus untuk tempoh 84 bulan memberikan bayaran ansuran bulanan sekitar RM1,820.
Leapmotor C10 menggabungkan reka bentuk aerodinamik yang elegan dengan prestasi yang berkuasa. Ia dilengkapi dengan bateri Lithium-Iron Phosphate 69.9kWh dengan menyalurkan 214hp yang memberikan jarak pemanduan sejauh 424KM (WLTP) .
Bahagian dalamannya menawarkan kabin luas dengan bumbung kaca panoramik yang dilengkapi sunshade boleh laras. Dengan penarafan keselamatan 5 bintang Euro NCAP dan Leap Pilot Level 2 ADAS, pemanduan menjadi lebih selamat dan penuh keyakinan.
Ia ditawarkan dengan warna membabitkan Glazed Green, Pearly White, Canopy Grey, dan Tundra Grey. Leapmotor C10 turut disertakan dengan jaminan kenderaan 6 tahun/150,000km serta jaminan bateri 8 tahun/160,000km, memberikan ketenangan minda untuk jangka masa panjang.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terhad itu, sila kunjungi cawangan Public Bank yang berdekatan atau mana-mana bilik pameran Leapmotor yang sah. Maklumat lanjut boleh didapati di www.leapmotor-international.com.my.