
Pada 2025, adalah tahun yang cukup meriah untuk jenama SYM di Malaysia kerana banyak model yang akan dibawa masuk dan satu daripadanya adalah SYM MMBCU 150 atau NAGA 150.
Di negara asalnya, skuter 150cc ini digelar MMBCU 150, manakala NAGA 150 untuk pasaran Vietnam. Bagaimanapun untuk pasaran Malaysia, namanya belum mengetahuinya lagi.
Jika di Taiwan, MMBCU adalah singkatan “Mamba Crossover Unique”, di mana ‘Mamba’ merujuk kepada ular berbisa yang dikenali dengan gerakan pantas, lincah dan menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran.
SYM MMBCU 150 dikuasakan oleh enjin satu silinder empat lejang, sejukan cecair, OHC 4-injap dengan suntikan bahan api EFI. Ia menghasilkan:
- Kuasa maksimum: 14.2 hp pada 8,000 rpm
- Tork maksimum: 13.5 Nm pada 7,500 rpm
Sistem CVT automatik membolehkan penukaran kuasa yang lancar dan responsif, sesuai untuk penunggang yang menekankan kemudahan serta kelancaran dalam pelbagai situasi tunggangan.
Ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan Traction Control System (TCS) untuk membantu mengawal kuasa enjin apabila roda belakang hilang cengkaman, terutamanya di permukaan jalan yang licin.
Antara kelebihannya ialah ruang simpanan bawah tempat duduk seluas 28 liter dan cukup besar untuk menyimpan satu helmet muka penuh dan barangan harian seperti jaket hujan atau beg galas kecil.
Pelana diperbuat daripada kusyen berketumpatan tinggi dan permukaan lebih lebar sangat sesuai untuk perjalanan jauh.
Ruang kaki yang dilanjutkan di bahagian depan pula memberi posisi kaki lebih natural dan santai bagi mengurangkan keletihan semasa ride jarak jauh.