#MAS2025: Proton e.Mas 5 didedah – EV kompak dengan jarak hingga 410km, mampu saingi BYD Dolphin?

91

Selepas kejayaan e.Mas 7, Proton kini mendedahkan pula model EV kedua iaitu e.Mas 5, bertempat di Malaysia Autoshow 2025. Model ini juga telah diberikan petunjuk dalam satu hantaran media sosial oleh Proton baru-baru ini.

Diasaskan dari Geely Star Wish (juga dikenali sebagai Geome Xingyuan), e.Mas 5 dibina dari pelantar Global Intelligent New Energy Architecture (GEA). Model ini akan bersaing rapat dengan BYD Dolphin.

e.Mas 5 mempunyai ukuran 4,135mm panjang, 1,805mm lebar, 1,570mm tinggi dan jarak roda 2,650mm.

Terdapat dua pilihan bateri iaitu 30.12kWh atau 40.14kWh, masing-masing memberikan output 78hp atau 114hp. Jarak pemanduan pula ialah sehingga 310km atau 410km untuk bateri yang lebih besar. Kelajuan maksima adalah sama, iaitu 135km/j.

Dari segi pengecasan, Proton e.Mas 5 memerlukan 21 minit untuk dicas dari 30 hingga 80 peratus menggunakan DC.

Antara ciri standard termasuklah rim 16-inci, lampu LED, skrin infotainmen 14.6-inci, skrin instrumen 8.8-inci, pencahayaan ambien, enam pembesar suara, bekalan kuasa luaran 3.3kW, pengecas tanpa-wayar dengan penyejuk, dan rangkaian sistem ADAS.

Proton e.Mas 5 bakal dilancarkan di penghujung tahun ini. Apa pendapat anda mengenai Proton e.Mas 5 setakat ini, patutkah BYD Dolphin risau?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here