#MAS2025: Audi Q7 rasmi dilancar – 300PS, CKD, RM460k

51

Audi Malaysia melancarkan Q7 baharu semasa acara Malaysia Autoshow 2025. Ianya merupakan model pemasangan tempatan (CKD) pertama jenama itu di Malaysia dan Asia Tenggara.

Audi Q7 ini ditawarkan dalam satu varian tunggal S line yang dikuasakan oleh enjin 3.0-liter TFSI dengan output 340PS dan 500Nm. Enjin 6-silinder ini juga disokong oleh sistem mild-hybrid 48 volt yang membolehkannya meluncur tanpa kuasa enjin jika diperlukan.

Transmisi ialah unit ZF 8-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda Quattro. Dari segi prestasi, SUV premium bersaiz besar ini mampu melonjak dari 0 ke 100km/j dalam hanya 5.6 saat, hingga ke kelajuan maksima 250km/j.

Ciri luaran Audi Q7 S line ini adalah gril Singleframe, lampu belakang OLED, lampu LED matriks HD, kit badan lebih sporti, diffuser belakang, dan rim Audi Sport 22-inci.

Bahagian kabin pula dilengkapi dengan skrin instrumen 12.3-inci, skrin tengah 10.1-inci, skrin ketiga 8.6-inci, sistem pendingin hawa empat-zon, pakej kemasan S Line, dan Apple Carplay serta Android Auto tanpa-wayar.

Terdapat juga ciri penutupan pintu lembut, head-up display, navigasi Audi Connect, sistem audio Bang & Olufsen premium, kamera 360-darjah, suspensi udara adaptif, stereng roda belakang, dan pintu but berkuasa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here