BYD lancar Dolphin versi lebih murah, cuba tawan pasaran dominasi Toyota di Jepun

301

Pengeluar kenderaan terbesar China, BYD, siap siaga bersaing dengan Toyota di negara asalnya.

Salah satu gerakkan serangan adalah dengan memperkenalkan model elektrik (EV) lebih murah iaitu BYD Dolphin pada harga mula JPY 3.63 million (RM114,597).



Walaupun pasaran BYD berkembang pesat di China dan negara luar, tetapi seperti kebanyakan syarikat asing, BYD hanya mendapat sedikit daya tarikan di Jepun.

Pembuat kereta domestik menguasai pasaran kereta Jepun, termasuk Toyota, Honda dan Nissan.

Kenderaan import hanya menyumbang sebanyak 6 peratus daripada pasaran. Menurut data Penganalisis Auto Bloomberg, Tatsuo Yoshida, kebanyakannya adalah kereta mewah sumbangan Porsche, BMW, dan Mercedes.

Dolphin akan menyertai BYD Atto 3 (Yuan Plus di China) yang dilancarkan pada Januari lalu di Jepun.

Atto 3 dijual pada harga mula JPY 4.4 juta (RM138,908) tetapi masih tidak dapat bersaing dengan Nissan Leaf pada harga JPY 4.1 juta (RM129,437).  Sejak pelancaran, BYD telah menjual sekitar 700 unit Atto 3 di Jepun.

TOYOTA MASIH KUASAI PASARAN LOKAL

Walaupun Toyota ketinggalan dalam peralihan EV namun ia masih menguasai pasaran tempatan. 

Tahun lepas, Toyota menjual sekitar 1.25 juta kenderaan di Jepun iaitu lebih dua kali ganda berbanding Suzuki di tangga kedua dengan jualan lebih daripada 600,000 unit.

Walaupun Jepun adalah pasaran kereta ketiga terbesar dunia, ia masih memihak kepada kenderaan hibrid. Toyota Yaris merupakan kereta terlaris untuk tahun ketiga berturut-turut, manakala Corolla menduduki tempat kedua.

Selain Toyota, Nissan dan Honda merupakan kenderaan penumpang yang tersenarai 10 teratas tahun lalu. Tiga jenama asing yang turut tersenarai termasuk Volkswagen (Porsche), Mercedes-Benz dan BMW.

BYD RANCANG BUKA 100 WAKIL JUALAN DI JEPUN

BYD merancang memperluaskan rangkaian jenama itu di Jepun menerusi pelan pembukaan 100 wakil jualan menjelang 2025. Sementara itu, pembuat kereta China itu menyasarkan pelancaran sedan elektrik SEAL di rantau ini pada awal tahun depan.

Langkah itu dibuat selepas Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan berdasarkan tinjauan EV China, harga kenderaan dapat dikekalkan rendah oleh kerana subsidi kerajaan yang besar.

Toyota mungkin masih mempunyai kelebihan (buat masa ini), tetapi apabila pembeli di Jepun beralih kepada EV, pengeluar itu akan menyedari faedah elektrik penuh.

Toyota Yaris Jepun

Seperti mana pasaran Eropah,  EV China mula mengambilalih bahagian pasaran pengeluar kenderaan domestik yang juga terkenal menguasai pasaran. 

Perkara yang sama boleh berlaku di Jepun. Dolphin akan bersaing secara langsung dengan model terlaris Toyota Yaris.

Dengan teknologi canggih, ciri tambahan dan harga yang berpatutan, Dolphin bersedia untuk memulakan langkah dalam pasaran kereta ketiga terbesar dunia itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here