Versi euro BYD Dolphin dah ada di pusat jualan, 17 peratus lebih murah daripada Eropah

273

Baru-baru ini, BYD Dolphin rasmi dilancarkan di Malaysia menerusi dua pilihan varian iaitu:

  • Dynamic Standard: RM99,900
  • Premium Extended: RM124,900

Varian teratas Dolphin di pasaran Malaysia sebaris dengan model yang dipasarkan di Eropah daripada segi trenkuasa dan spesifikasi. Bagaimanapun, kosnya lebih rendah 16.85 peratus.

BYD Dolphin merupakan model kedua ditawarkan ke pasaran tempatan selepas Atto 3 atau dikenali sebagai BYD Yuan Plus di China.



BYD Dolphin yang dipasarkan di Malaysia berasaskan versi Eropah yang mana memiliki dimensi lebih besar dan penampilan luaran yang sedikit berbeza.

Dolphin Malaysia didatangkan dengan dimensi panjang 4,290mm, lebar (1,770mm) dan tinggi (1,570mm) bersama jarak roda 2,700 mm.

Varian Dynamic Standard didatangkan dengan sebuah motor elektrik yang diletakkan di depan dengan kuasa 94hp dan tork 180Nm. Pecutan 0-100kmj hanya mengambil masa 12.3 saat.

Ia kemudian dipadankan dengan bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 44.92kWh dan menawarkan jarak perjalanan sejauh 410km bagi setiap pengecasan penuh.

Dolphin Premium Extended pula dijana motor elektrik lebih berkuasa yang menghasilkan kuasa 201hp d antork 310Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 7 saat.

Ia kemudian dipadankan dengan kapasiti bateri 60.48 kWh dengan jarak perjalanan sejauh 490km.

Sebagai perbandingan, BYD Dolphin merupakan pesaing kepada Ora Good Cat yang dijual pada harga RM139,800. Sementara, BYD Dolphin dijual pada harga jauh lebih rendah berbanding Ora. 

Memiliki spesifikasi dan ciri peralatan yang sama di pasaran Eropah, BYD Dolphin dijual pada harga 17 peratus lebih murah berbanding pasaran berkenaan iaitu bermula daripada EUR29,900 (RM149,076).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here