Aston Martin DB12 berlabuh di Malaysia, harga mula RM1.1 juta

334

Aston Martin Kuala Lumpur rasmi memperkenalkan grand tourer DB12 ke pasaran tempatan pada harga RM1.1 juta seunit.

Berikut info ringkas pengganti DB11 yang hampir tujuh tahun di pasaran itu:

  • DB12 didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 671hp dan tork 800Nm iaitu 34 peratus lebih tinggi berbanding DB11. 
  • Ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan serta mampu mencapai pecutan maksimum 325kmj.
  • Kemaskini fascia depan DB12 boleh dilihat pada bampar depan, jeriji, unit lampu utama, hud depan serta logo Aston Martin.
  • Ia kemudian dipadankan dengan rim 21 inci yang mana lebih ringan 8kg berbanding rim 20-inci DB11. Rim tersebut dibaluti tayar Michelin Pilot 5S yang direka khas bagi mengurangkan bunyi bising memasuki ruang kabin.
  • Bagi menghentikan atau memperlahankan jenteram Aston Martin memilih sistem brek cakera beserta rotor bersaiz 400 mm (depan) dan 360 mm(belakang).
  • Struktur badan aluminium terikat pada DB12 ditingkatkan sebanyak 7%, termasuklah pada pendakap silang enjin dan crossmember depan.
  • Ubahsuai tersebut menekankan aspek ketegaran kilasan dan kekakuan sisi, diikuti dengan sistem suspensi yang telah ditala semula.
  • Aston Martin turut menawarkan pilihan naik taraf brek seramik karbon yang lebih ringan, selain mampu mengurangkan kesan brek fade.
  • Susun atur papan pemuka DB12 kini menampilkan konsol tengah yang lebih tinggi dan sarat dengan pelbagai butang fungsi.
  • Pemandu akan disambut ke dalam ruangan kabin dengan reka bentuk stereng baharu, skrin kluster digital, skrin infotainmen 10.25 inci serta di bahagian tengah terdapat punat penghidup enjin dan tombol gear diapit dengan kawalan suhu dan kawalan sistem audio.
  • Turut tersedia ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kemaskini over-the-air, serta sistem audio dengan 11 pembesar suara.
  • Pemilik juga boleh memilih melengkapkan DB12 dengan sistem audio Bowers & Wilkins 1,170 watt bersama 15 pembesar suara.
  • Aston Martin DB12 menawarkan sehingga lima mod pemanduan, iaitu GT, Sport, Sport Plus, Wet dan Individual.
  • Kawalan kestabilan kenderaan pula membawakan empat tetapan iaitu Wet, On, Track dan Off yang mana sistem ini dikawal oleh unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi.
  • Aston Martin DB12 juga didatangkan dengan ciri seperti ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Cengkaman (TC), Bantuan Brek Hidraulik (HBA), Kawalan Tork Positif (PTC) dan Dynamic Torque Vectoring (DTV).
  • Ciri bantuan pemanduan ADAS pula merangkumi Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Lampu Tinggi (AHB), Sistem Pengesanan Papan Tanda Trafik, Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Belakang (RCTA) dan sistem kamera 360 darjah.

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here