JPJ keluarkan lebih 14,000 saman kepada warga asing

228

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 14,527 saman terhadap penunggang motosikal warga asing di seluruh negara atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula 1 hingga 20 September lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesen memandu dengan 6,268 saman, tiada perlindungan insurans (2,667), lesen kenderaan motor tamat tempoh (2,657) dan lain-lain kesalahan teknikal 1,948 saman.



“JPJ memandang serius isu ini terutamanya warga asing yang menunggang tanpa lesen yang sah kerana mereka jelas tidak mengetahui peraturan jalan raya dan boleh mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

“JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan tindakan tegas akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi meningkatkan keselamatan jalan raya,” katanya.

Lokman berkata, dalam operasi selama empat jam yang berakhir tengah malam tadi itu, sebanyak 1,459 kenderaan diperiksa dengan 854 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya memandu tanpa lesen (327), lesen kenderaan motor tamat tempoh (143), insurans tamat tempoh (123) dan nombor pendaftaran (80).

“Selain itu, 98 saman dikeluarkan bagi kesalahan cermin gelap, kesalahan teknikal (36), ekzos (18), penggunaan lampu HID (empat) dan lain-lain kesalahan (25),” katanya.

Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu, seramai 19 warga asing ditahan melibatkan 17 lelaki dan dua wanita atas pelbagai kesalahan imigresen.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here