Honda perkenal enjin V8 VTEC namun bukan digunakan pada kereta

1044

Honda memperkenalkan janakuasa aspirasi semulajadi 5.0-liter V8 VTEC yang menghasilkan kuasa 350hp.

Bagaimanapun, enjin Honda itu bukanlah digunakan pada kereta yang mana ia dibangunkan bagi kegunaan marin.



Janakuasa itu debut pada Pameran Bot Antarabangsa Genoa di Itali, baru-baru ini. BF350 merupakan enjin sangkut V8 pertama Honda yang merupakan versi tertinggi bagi kategori enjin marin Honda.

Honda Marine BF350 ditawarkan dengan reka bentuk tersendiri dan siluet langsing. Pembeli boleh memilih pelindung luar berwarna Aquamarine Silver atau Grand Prix White dan terdapat logo bersalut krom. 

V8 itu dilengkapi dengan mod Boosted Low Speed Torque (BLAST) yang menawarkan pecutan dan kuasa dengan segera. 

Pada kelajuan tetap, ECOmo akan mengoptimumkan penggunaan bahan api. Apabila kuasa tambahan diperlukan, VTEC akan meningkatkan kuasa puncak lalu memberikan lonjakan pecutan yang positif.

Teknologi Honda VTEC terkenal dengan tawaran gabungan unik kuasa, tork serta prestasi optimum pada julat rpm tinggi. Ia juga telah terbukti pada enjin sangkut BF250, 225,150, dan 100.

Selain itu, janakuasa tersebut juga didatangkan dengan ciri peralatan lain bagi meningkatkan pengalaman pengguna misalnya Kawalan Kruise, Tilt Limit dan Trim Support.

BF350 menggunakan kawalan shift pintar dan terotel yang boleh mengendalikan hingga empat enjin. 

Ia akan mula dijual pada awal 2024 dengan waranti kilang selama lima tahun. Buat masa ini, harga janakuasa itu tidak diumumkan. 

Honda bukanlah satu-satunya syarikat yang menawarkan enjin sangkut V8. Pesaingnya Yamaha mempunyai XTO Offshore yang terdiri daripada 5.6 liter V8 (425hp dan 450hp). 

Mercury Marine pula memiliki beberapa model V8 dengan output dari 225hp hingga 300hp. Syarikat itu juga mempunyai enjin V10 yang menawarkan kuasa 350hp dan 400hp. Ia juga menjual 7.6 liter V12 yang membekalkan kuasa 600hp.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here