#MAS2025: Nissan Kicks e-Power tampil dalam edisi Impul, tempahan dibuka, terhad 50 unit sahaja

44

Nissan kembali ke pameran automotif terbesar di Malaysia, kali ini membawakan Kicks e-Power Edisi Impul. Ia kini secara rasmi dibuka untuk tempahan.

Pakej Edisi Impul ini merangkumi kit badan, lencana Impul, spoiler, rim Impul Aura SX-50 18-inci, dan tayar Goodyear Eagle F1 Sport 9225/45/18) yang kesemuanya berharga RM8,500. Pakej ini juga terhad kepada 50 unit sahaja.

Kesemua aksesori IMPUL dilengkapi dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 km, mana-mana tiba terdahulu.

Tiada perubahan dari bahagian lain, bermakna Nissan Kicks e-Power ini masih dikuasakan enjin 1.2-liter 3-silinder dengan output 82PS/103Nm, disokong oleh motor elektrik dengan output 129PS/280Nm.

Pecutan 0-100 boleh dibuat dalam 9.5 saat dan Nissan Kicks ini boleh dipandu sehingga 900km dari setiap isian penuh pada tangkinya yang berkapasiti 41 liter.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here